fbpx
KESIHATAN ANDA KEUTAMAAN KAMI

Cara Mengurangkan Batuk Dan Selsema Bayi

Bayi dan kanak-kanak paling mudah dijangkiti batuk dan selsema. Ianya adalah normal jika anak masih aktif dan menyusu seperti biasa.

Namun jika anak tiba-tiba tidak aktif, tidak mahu menyusu dan berat badannya menurun, segeralah bawa anak ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor tidak memberi ubat batuk dan selsema jika bayi masih di bawah 6 bulan kerana ianya normal bagi bayi. Kebiasaannya ia akan keluar sendiri melalui muntah atau najis bayi.
Selain ubat dan rawatan alternatif, terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan bagi mengurangkan batuk dan selsema pada bayi.