Klinik Famili Leiya telah ditubuhkan sejak tahun Jun 2015 dengan tujuan untuk menjadi pusat perubatan dan penjagaan kesihatan yang memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada penduduk di sekitarnya dan juga kepada industri-industri dan pusat-pusat perniagaan yang berhampiran.
Klinik Famili Leiya dikendalikan oleh barisan doktor profesional yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar sepenuhnya, dan berdedikasi. Kami menawarkan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan asas di peringkat perawatan primer dan juga untuk memenuhi keperluan institusi perniagaan yang mencari faedah kesihatan yang lebih efisyen bagi pekerja-pekerja mereka. Kami juga sentiasa memastikan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan oleh Klinik Famili Leiya adalah berpatutan dari segi kewangan.
Klinik Famili Leiya akan memberikan pengalaman yang tiada tandingannya sebagai rakan kongsi yang paling dipercayai bagi penjagaan kesihatan.
Untuk memberi inspirasi dan menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan semua pelanggan dengan menyediakan penjagaan yang terbaik kepada setiap pesakit melalui amalan klinikal bersepadu serta memberikan pendidikan kesihatan yang bermanfaat.